Latar belakang Jesse Divnich

Divnich dilahirkan di LaSalle, Ontario, namun kini tinggal di Carlsbad, California[3]. Divnich menamatkan pengajian dengan Sarjana Muda Sastera dalam Pengurusan Perniagaan daripada Eastern Michigan University dan memulakan usahanya dalam sektor kewangan bersama-sama Gerson Lehrman Group[4]. Kemudian, dia menjadi seorang perunding untuk pelabur-pelabur swasta[5]. Di atas kejayaannya dalam sektor kewangan industri permainan video, Divnich diiktiraf beberapa wartawan daripada industri permainan video dan media kewangan. Divnich paling terkenal dengan kemunculannya dalam G4TV, Forbes[6], The Street[7], Reuters[8], Market Watch[9], GameSpot[10], GameDaily[11], dan "Divnich Tapes" miliknya di Gamasutra[12]. Setakat 2009, Divnich kerap menerbitkan rencana di IndustryGamer.com[13] yang digelarnya "Divnich Debriefs". Diantara judul-judul permainan video kegemarannya termasuklah francais Call of Duty dan francais Quake.

Rujukan

WikiPedia: Jesse Divnich http://www.eedar.com/About/Management.aspx http://www.forbes.com/2008/11/12/wii-recession-pro... http://www.gamasutra.com/php-bin/news_index.php?st... http://www.gamedaily.com/articles/news/guitar-hero... http://www.gamespot.com/pages/tags/index.php?type=... http://stars.ign.com/objects/058/058537.html http://www.industrygamers.com/news/the-divnich-deb... http://www.industrygamers.com/search/?q=Divnich http://www.marketwatch.com/news/story/video-game-s... http://www.reuters.com/article/internetNews/idUSN0...